sktkp-norsiah.zoom-a.com
Laman Peribadi
Norsiah Bt Abd Ghafar

E-mel : sktkp-norsiah@zoom-a.com
| PERTANDINGAN | LAMAN UTAMA | PROFIL | KATA HIKMAT | GALERIKU 1 | GALERIKU 2 | GALERI FOTO | FALSAFAH DIRI | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

FAKTA MENARIK




FAKTA-FAKTA MENARIK


1. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau 
menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap 
tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh 
membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali  

2. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari 
atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.  

3. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 
tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune. 
 
4. Di Albania, menggelengkan kepala  bermaksud  'ya' dan menggangguk bermaksud 
tidak, 

5. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel 
kulit kita yang mati.  

6.  Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap  2 minggu untuk 
melancarkan proses penghadaman.  

7. kandungan  emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di 
daratan  

8. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi 
jalan raya sepanjang 96,000 Km  

9. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi 
kawasan seluas 9.2 meter persegi.  

10. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. 
11. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.  

12. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh 
badan 

13. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih 
daripada 5 juta tahun lagi. 

APABILA IKAN PAUS MAKAN

Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, ikan paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta Krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan. Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan manusia selama empat tahun!


BAKA PADI BARU

Unit Teknologi Nuklear (UTN) telah berjaya menghasilkan 101 jenis baka padi baru. Jenis baka padi baru ini mampu menghasilkan pengeluaran jauh lebih banyak daripada jenis padi yang ada sekarang.

Jenis padi baru yang terhasil ini, di antaranya mampu menghasilkan pengeluaran di antara 6,000 hingga 7,000 kilogram padi sehektar.

Antara ciri-ciri yang menarik baka padi baru yang dihasilkan ini ialah mempunyai batang yang tegap, tidak mudah tumbang apabila dilanda angin, dan berkeupayaan menghadapi penyakit, terutama bena perang.

Baka padi baru ini juga mempunyai masa matang yang singkat, iaitu di antara 120 hari hingga 130 hari.


APABILA BAHAN BUANGAN DIBAKAR

Umum mengetahui bahawa bahan buangan merupakan salah satu punca utama pencemaran alam kian meningkat setiap hari.

Sejak dahulu sampailah kini, pembakaran merupakan salah satu cara untuk melupuskan bahan buangan. Namun demikian, adakah pembakaran merupakan satu jalan terbaik yang benar-benar dapat membantu menyelesaikan masalah pencemaran alam?

Sebenarnya, bahan buangan yang dibakar tidak lenyap begitu sahaja!

Hal demikian kerana kira-kira 30 peratus daripada bahan buangan tersebut akan menjadi abu. Malah bakinya, dalam bentuk gas dan bahan terampai, akan memasuki pula ruang udara. Bahan yang terkumpul di udara, akhirnya akan meresap kembali ke tanah, tumbuhan dan air.

Oleh yang demikian, bahan itu akan memasuki rantai makanan. Akhirnya, bahan tersebut akan kembali kepada kita semula.


ANCAMAN DUNIA BARU

Dunia bakal menghadapi bahaya baru apabila pelantar ais terbesar di benua Artik retak. Pelantar seluas 443 kilometer persegi di benua yang tegap berdiri di hujung dunia itu kini telah retak. Retakan pelantar yang dikenali dengan nama Ward Hunt Ice Shelf itu mengakibatkan air tawar yang terkepung di bawahnya terlepas ke laut. Suhu yang semakin panas di sekitar kawasan benua itu dipercayai menjadi punca rekahan tersebut.


ALAT KEBESARAN DIRAJA

Antara alat kebesaran diraja di negara kita ialah tengkolok diraja, cogan agama, gendik diraja, kalung diraja, dan pending diraja.

Semua peralatan tersebut merupakan simbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: